Saturday 8 April 2017

Jawatan Kosong Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) – April 2017

Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) mempelawa pemohon daripada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan untuk mengisi jawatan kosong terkini sebagai :

1. PEGAWAI TADBIR N41
2. PEGAWAI PERTANIAN G41
3. AKAUNTAN WA41
4. PENOLONG JURUKUR JA29
5. PENOLONG PEGAWAI TANAH NT29
6. PENOLONG PEGAWAI RANCANGAN TANAH G29
7. PENOLONG PEGAWAI PEMBANGUNAN MASYARAKAT S29
8. PENOLONG JURUTERA JA29
9. PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA JA29
10. PENOLONG AKAUNTAN W29
11. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) N19
12. PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT / SETIAUSAHA PEJABAT N19
13. PENYELIA RANCANGAN TANAH G19
14. JURUAUDIO VISUAL N19
15. PEMBANTU AWAM H11
16. PEMANDU KENDERAAN H11
17. PEMBANTU OPERASI N11

Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) merupakan sebuah Lembaga Kemajuan Wilayah yang ditubuhkan pada 2 Mac 1978 di bawah Akta Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan 1978 (Akta 203). Pelancaran perasmian penubuhannya disempurnakan oleh Allahyarham Tun Hussein Onn, Perdana Menteri Malaysia Ketiga pada 5 Mac 1978 bertempat di Kampung Batu Gajah, Tanah Merah, Kelantan. Penubuhan KESEDAR bertujuan mengimbangi komposisi penduduk di antara Kelantan Selatan dengan Kelantan Utara, membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai jawatan kosong Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) ini dan memohon secara online, sila klik di sini.
Tarikh tutup permohonan : 21 April 2017
Penempatan : Kelantan