Wednesday 8 March 2017

Jawatan Kosong Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) – Mac 2017

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mempelawa pemohon daripada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan untuk mengisi jawatan kosong terkini sebagai :

1. PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F41/44
2. PELUKIS PELAN (SENI BINA) JA19
3. PEMBANTU AWAM H11

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) adalah pihak berkuasa tempatan yang mentadbir Bandar Raya Shah Alam. Sebelum ini ia dikenali dengan nama “Majlis Perbandaran Shah Alam (MPSA)”. Ia ditubuhkan pada 7 Disember 1978 serentak dengan perisytiharan Shah Alam sebagai ibu negeri Selangor. Bagaimanapun pentadbiran MPSA hanya mula beroperasi pada 1 Januari 1979.
Pada peringkat permulaan, pentadbiran MBSA beroperasi di rumah kedai, Seksyen 3 dan kemudian di Kompleks PKNS pada tahun 1981. Hanya pada tahun 1988, kakitangan MBSA berpindah ke sebuah bangunan 28 tingkat yang dikenali sebagai “Wisma MBSA”.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai jawatan kosong Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) ini dan memohon secara online, sila klik di sini.
Tarikh tutup permohonan : 21 Mac 2017
Penempatan : Selangor