Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan sukacitanya mempelawa dan memberi peluang kepada warganegara Malaysia (anggota PDRM) yang berkelayakan untuk berkhidmat di Unit 69 Komando (VAT69) Pasukan Gerakan Khas.
1. Pegawai (Inspektor)
2. Anggota (Koperal, L/Kpl & Konstabel)
Permohonan adalah dipelawa daripada Pegawai Polis Diraja Malaysia berpangkat Inspektor, Koperal, L/Kpl & Konstabel (Lelaki sahaja) untuk berkhidmat di Unit 69 Komando (VAT69) Pasukan Gerakan Khas.
1. Kelayakan diperlukan :
a. Pegawai berpangkat Inspektor umur tidak lebih 35 tahun.
Anggota Pangkat Rendah (APR) tidak lebih 30 tahun pada tarikh tutup permohonan.
b. Bersih dari tindakan tatatertib @ tidak pernah dikenakan tindakan tatatertib
c. Tinggi tidak kurang 165 cm
d. Pendengaran & penglihatan baik (tanpa memakai cermin mata atau kanta lekap)
e. Boleh berenang & mengapung badan didalam air.
f. Diakui memiliki tubuh badan yang sihat dan bebas dari sebarang penyakit kronik seperti buasir, batu karang, tekanan darah tinggi, jantung, asma dan lain- lain serta kecederaan akibat kemalangan.
g. Kebolehan bertutur/menulis dalam bahasa Inggeris adalah diutamakan tetapi tidak menjadi syarat utama kelayakan memohon.
h. Semua peserta dikehendaki lulus ujian tenaga & proses temuduga semasa sesi pra pemilihan bagi melayakkan diri ke Ujian Penilaian & Pemilihan Awal (Selection) dan seterusnya mengikuti Kursus Asas Komando.
2. Setiap individu yang berjaya diserapkan ke Unit 69 Komando Pasukan Gerakan Khas layak menikmati kemudahan & elaun seperti berikut :
a. Elaun 69 Komando sebanyak RM600 – RM900 sebulan
b. Elaun Insentif PGA RM400 sebulan
c. Elaun Penyelam RM100 sebulan
d. Berpeluang untuk menghadiri kursus / tugas luar Negara
3. Semua permohonan hendaklah mendapat kelulusan daripada Ketua Cawangan/Formasi masing-masing dan dihantar ke alamat :
KOMANDER 69 KOMANDO PASUKAN GERAKAN KHAS,
31150 ULU KINTA PERAK
(UP : ASP Latihan Peperangan Khas)
*Borang permohonan & tawaran akan dikeluarkan melalui Perintah Pasukan Khas melalui E Siar mulai 2017.
4. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi pejabat Cawangan Latihan Peperangan Khas 69 Komando ditalian 05-5406767.
Tarikh tutup permohonan : Terbuka 2017 / 2018 (sehingga diberitahu)
Lokasi : Seluruh Malaysia