Lembaga Lada Malaysia (MPB) mempelawa pemohon daripada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan untuk mengisi jawatan kosong terkini sebagai :
1. Pegawai Ehwal Ekonomi E41
2. Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi E27
3. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29
4. Pembantu Ehwal Ekonomi E17
5. Pemandu Kenderaan H11
6. Pembantu Awam H11
Lembaga Lada Malaysia (MPB) adalah sebuah Badan Berkanun Persekutuan di bawah Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi Malaysia dan ditubuhkan dibawah Akta Lembaga Lada Malaysia 2006 pada 1 Januari 2007. Ibu pejabat MPB terletak di Kuching, Sarawak, mempunyai dua buah Pejabat Wilayah iaitu di Johor Bahru dan Kota Kinabalu. Manakala sembilan buah Pejabat Cawangan pula terletak di Sarawak.MPB berperanan dalam pembangunan industri lada dari aspek penyelidikan, meningkatkan pengeluaran dan pengembangan lada.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai jawatan kosong Lembaga Lada Malaysia ini dan memohon secara online, sila klik di sini.
Tarikh tutup permohonan : 04 Januari 2017
Penempatan : Sarawak