Monday 31 October 2016

Jawatan Kosong Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) – November 2016

Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) mempelawa pemohon daripada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan untuk mengisi jawatan kosong terkini sebagai :

1. PENOLONG PEGAWAI PEMBANGUNAN MASYARAKAT

Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara, LPPKN, telah ditubuhkan di bawah Akta Penduduk dan Pembangunan Keluarga 1966 [Akta 352] dan diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri. Pada peringkat awal penubuhannya fokus utama LPPKN adalah melaksanakan program dan aktiviti perancangan keluarga di negara ini. Akta Penduduk dan Pembangunan Keluarga 1966 (Akta 352) yang dahulunya dikenali sebagai Akta Perancang Keluarga 1966 (Akta 42) telah mengalami beberapa pindaan dan semakan sejak ia diwartakan pada tahun 1966.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai jawatan kosong LPPKN ini, sila klik di sini.
Tarikh tutup permohonan : 04 November 2016
Penempatan : Negeri Sembilan