Friday 22 April 2016

Temuduga Terbuka di PTPTN Pada 25 April 2016

Temuduga Terbuka di Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Terengganu April 2016. Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan mengadakan temuduga terbuka bagi jawatan Eksekutif Pemasaran lantikan kontrak pada tarikh/hari, masa dan tempat seperti berikut :

1. JAWATAN : EKSEKUTIF PEMASARAN

Tarikh / Hari : 25 April 2016 / Isnin
Masa : 10.00 pagi hingga 4.00 petang
(pendaftaran dibuka sehingga 12.00 tengahari)
Tempat : Pejabat PTPTN Negeri (PPN) Terengganu
Cawangan Dungun
Tingkat 1, Bangunan 3 Tingkat
Jalan Baru Pak Sabah
23000 Dungun
TERENGGANU
(Bersebelahan McDonalds)

Temuduga Terbuka di Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)

Syarat lantikan adalah seperti berikut :
JAWATAN : EKSEKUTIF PEMASARAN (KONTRAK)
PENEMPATAN : PEJABAT PTPTN NEGERI (PPN) TERENGGANU
Akan ditempatkan dan bertugas di cawangan sekitar
Dungun
GAJI DITAWARKAN : RM1,500.00 SEBULAN
INSENTIF : KOMISEN BERDASARKAN PRESTASI

Calon yang berminat hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-

(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) Kelulusan akademik sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(d) Keutamaan diberi kepada calon :
• Penduduk tempatan Negeri Terengganu (Keutamaan diberikan kepada
penduduk di daerah Dungun)
• Berkelulusan dan berpengalaman dalam bidang pemasaran.
• Perwatakan menarik.
• Berkebolehan berkomunikasi dengan baik.
• Boleh bertutur dalam pelbagai bahasa.
• Mempunyai kemahiran berunding dan memujuk.
• Berkebolehan menganalisa dengan baik.
• Mempunyai lesen memandu dan kenderaan sendiri.
(keutamaan diberi kepada yang mempunyai kereta)

Semua permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan yang
disertakan dengan sekeping gambar terbaru berukuran pasport beserta salinan sijil-sijil
yang berkaitan. Susunan dokumen adalah seperti berikut:-
a) Salinan Kad Pengenalan pemohon;
b) Salinan Surat Beranak pemohon;
c) Salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM);
d) Salinan lesen memandu; dan
e) Lain-lain dokumen sokongan.

Calon-calon adalah diingatkan agar tiba awal pada hari temuduga. Segala perbelanjaan berkaitan dengan urusan temuduga ini adalah di atas pembiayaan calon-calon sendiri dan tidak akan ditanggung oleh PTPTN.

CATATAN AM
i. Calon yang tidak menerima sebarang jawapan dua (2) bulan dari tarikh menghadiri temuduga hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
ii. Hanya calon yang berjaya dalam urusan temuduga akan dihubungi.