Tuesday 19 April 2016

Temuduga Terbuka di PTPTN Pada 25 April 2016

Temuduga Terbuka di Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) April 2016. Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan mengadakan temuduga terbuka bagi jawatan Eksekutif Pemasaran lantikan kontrak pada tarikh/hari, masa dan tempat seperti berikut :

1. EKSEKUTIF PEMASARAN 

Tarikh / Hari : 25 April 2016 (Isnin)
Masa : Sesi Pertama :
9.00 pagi hingga 12.00 tengahari
Sesi kedua :
3.00 petang hingga 4.30 petang
(pendaftaran dibuka sehingga 11.00 pagi)
Tempat : Bilik Mesyuarat PPNN,
Pejabat PTPTN Negeri (PPN) Negeri Sembilan
Tingkat 3, Bangunan Yayasan Negeri Sembilan
Jalan Yam Tuan
70000 Seremban
NEGERI SEMBILAN 

Syarat lantikan adalah seperti berikut :
JAWATAN : EKSEKUTIF PEMASARAN (KONTRAK)
PENEMPATAN : PEJABAT PTPTN NEGERI (PPN) NEGERI SEMBILAN
Akan ditempatkan dan bertugas di Pejabat Cawangan
PTPTN sekitar Negeri Sembilan
GAJI DITAWARKAN : RM1,500.00 SEBULAN
CADANGAN TARIKH
LAPOR DIRI
: MULAI 03 MEI 2016
INSENTIF : KOMISEN BERDASARKAN PRESTASI

Temuduga Terbuka di Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) April 2016

Calon yang berminat hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun hingga 30 tahun pada tarikh tutup iklan
jawatan;
(c) Kelulusan akademik sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. 
(d) Keutamaan diberi kepada calon :
• Kelahiran Negeri Sembilan.
• Berkelulusan dan berpengalaman dalam bidang pemasaran.
• Perwatakan menarik
• Berkebolehan berkomunikasi dengan baik
• Boleh bertutur dalam pelbagai bahasa
• Mempunyai kemahiran berunding dan memujuk
• Berkebolehan menganalisa dengan baik
• Mempunyai lesen memandu dan kenderaan sendiri
(keutamaan diberi kepada yang mempunyai kereta)

Semua permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan yang disertakan dengan sekeping gambar terbaru berukuran pasport beserta salinan sijil-sijil
yang berkaitan. Susunan dokumen adalah seperti berikut:-

a) Salinan Kad Pengenalan pemohon;
b) Salinan Surat Beranak pemohon;
c) Salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM);
d) Salinan lesen memandu.

Calon-calon adalah diingatkan agar tiba awal pada hari temuduga. Segala perbelanjaan berkaitan dengan urusan temuduga ini adalah di atas pembiayaan calon-calon sendiri dan tidak akan ditanggung oleh PTPTN.

CATATAN AM
i. Calon yang tidak menerima sebarang jawapan dua (2) bulan dari tarikh menghadiri temuduga hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
ii. Hanya calon yang berjaya dalam urusan temuduga akan dihubungi.