Monday 18 April 2016

Jawatan Kosong Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) – April 2016

Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) mempelawa warganegara Malaysia untuk mengisi kekosongan jawatan kosong yang telah ditetapkan sebagai :

1. Arkitek Landskap Gred J41
2. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17

Kuala Langat adalah salah satu dari sembilan daerah di Selangor. Ia bersempadan dengan daerah Klang dan Sepang. Sebahagian daerah Kuala Langat terletak di persisiran Selat Melaka. Pembangunan pesat kawasan seperti Putrajaya dan Lapangan Terbang KLIA telah meletakkan daerah ini kawasan yang strategik untuk pelaburan. Di samping itu, daerah ini disokong dengan kemudahan infrastuktur jalan raya yang baik yang menyambungkan ke Pusat Bandaraya Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Shah Alam, Bandar DiRaja Klang, Pelabuhan Klang, Putrajaya dan KLIA.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai jawatan kosong terbaru di Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) ini, sila klik di sini. Untuk mendapatkan borang permohonan secara percuma, sila klik pautan ini.
Tarikh tutup permohonan : 25 April 2016
Penempatan : Selangor