Tuesday 19 April 2016

Jawatan Kosong di Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang - 02 Mei 2016

Jawatan kosong terkini di Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang Mei 2016. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang sebagai:

1. PEGAWAI TADBIR (AUDITAN) N44
2. PEMBANTU TADBIR (P/O)

Tarikh tutup permohonan 02 Mei 2016
Lokasi : Pulau Pinang
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong di Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang

CARA MEMOHON

i. Borang permohonan boleh dodapati terus secara ONLINE melalui web SPPP atau memperolehinya di Pejabat SPPP, Bahagian Khidmat Pengurusan di alamat seperti tertera di bawah.

ii. Bagi Penjawat Awam, permohonan mestilah lengkap dengan Ringkasan Kenyataan Perkhidmatan dan Laporan Nilai Prestasi Tahunan (3 tahun terakhir) melalui Ketua Jabatan masing-masing.

iii. Sila catatkan nama jawatan yang hendak dipohon pada bahagian atas sebelah kiri sampul surat semasa memohon dan menhantar borang.

iv. Hanya calon yang ditapis-senarai akan dipanggil untuk temuduga.

v. Pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh iklan ini ditutup dianggap tidak berjaya.

vi. Borang permohonan yang telah lengkap diisi berserta dengan resume dan salinan sijil-sijil yang berkaitan serta lain-lain dokumen yang telah disahkan hendaklah mengemukakan kepada :

PENGURUS BESAR
SURUHANJAYA PELABUHAN PULAU PINANG
ARAS 2, SWETTENHAM PIER CRUISE TERMINAL
NO. 1A, PESARA KING EDWARD
10300 GEORGE TOWN, PULAU PINANG
(U.P : BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN)