Saturday 23 April 2016

Jawatan Kosong di Perbendaharaan Malaysia Sarawak - 29 April 2016

Jawatan kosong terkini di Perbendaharaan Malaysia Sarawak April 2016. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Perbendaharaan Malaysia Sarawak sebagai :

1. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) N17

Tarikh tutup permohonan 29 April 2016
Lokasi : Sarawak
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong di Perbendaharaan Malaysia Sarawak

CARA MEMOHON DAN TARIKH TUTUP IKLAN
i) Permohonan hendaklah menggunakan Borang SKK/PSH/1-2016 yang boleh didapati di alamat seperti berikut:-

Perbendaharaan Malaysia Sarawak
Tingkat 16, Bangunan Sultan Iskandar,
Jalan Simpang Tiga,
93300 Kuching,
SARAWAK

ii) Permohonan hendaklah disertakan dengan sekeping gambar berukuran pasport, salinan-salinan Sijil Kelahiran, Kad Pengenalan, sijil/dokumen yang berkaitan dengan jawatan yang dipohon, Sijil Berhenti Sekolah dan lain-lain yang disahkan oleh Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta hendaklah dihantar ke alamat seperti di bawah pada atau sebelum 29 April 2016.

Perbendaharaan Malaysia Sarawak
Tingkat 16, Bangunan Sultan Iskandar,
Jalan Simpang Tiga,
93300 Kuching,
SARAWA

PERMOHONAN BERIKUT AKAN DITOLAK
i. Tidak menggunakan Borang SKK/PSH/1-2016 ;
ii. Tidak disertakan dokumen yang diperlukan ;
iii. Tidak lengkap atau tidak terang/ tidak jelas;
iv. Tidak mematuhi syarat kelayakan yang ditetapkan dalam iklan;
v. Tidak ditulis no. Kad Pengenalan;
vi. Borang diterima selepas tarikh iklan ditutup;
vii. Borang permohonan tidak ditandatangani.

CATATAN AM
i. Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga;
ii. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga ( 3 ) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya;
iii. Segala perbelanjaan untuk menghadiri temuduga ini adalah ditanggung sendiri oleh pemohon;
iv. Nama jawatan yang dipohon dari tarikh tutup iklan hendaklah ditulis di penjuru atas sebelah kiri sampul surat.