Monday 18 April 2016

Jawatan Kosong di Majlis Daerah Segamat (Md Segamat) - 03 Mei 2016

Jawatan kosong kerajaan terkini di Majlis Daerah Segamat (Md Segamat) Mei 2016. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Majlis Daerah Segamat (Md Segamat) sebagai:

1. PENOLONG PEGAWAI UNDANG-UNDANG L29
2. PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN U29
3. PEMBANTU TABIR (PERKERANIAN / OPERASI) N17
4. PEMBANTU KESIHATAN AWAM U17
5. PEMBANTU AWAM H11

Tarikh tutup permohonan 03 Mei 2016
Lokasi : Johor
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong di Majlis Daerah Segamat (Md Segamat)

Cara Memohon :

(a) Pemohon hendaklah hadir ke Pejabat Majlis Daerah Segamat bersama-sama salinan dokumen-dokumen berikut :-

Kad Pengenalan Diri ;
Sijil Kelahiran ;
Sijil-sijil Persekolahan ;
Sijil Kelulusan Akademil (Sijil/Diploma/Ijazah)* mana yang berkaitan dengan jawatan yang dipohon ;
Transkrip keputusan akhir peperiksaan (jika diploma/ijazah sebenar masih belum diterima) ;
Satu keping gambar terkini berukuran 'pasport' ;
Dokumen-dokumen sokongan yang lain (jika ada).
(b) Permohonan hendaklah dikemukakan dengan mengisi borang yang boleh didapati di Pejabat Majlis Daerah Segamat dengan harga RM2.00. Borang permohonan hanya akan dikeluarkan kepada calon yang layak dan memenuhi syarat yang ditetapkan sahaja.

(c) Permohonan-permohonan hendaklah dihantar kepada :-

YANG DIPERTUA,
MAJLIS DAERAH SEGAMAT,
85000, SEGAMAT.

(d) Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan/Penguasa Tempatan/Badan Berkanun hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am Bab A Bil. 17 Tahun 2005.

(e) Permohonan yang lewat, tidak lengkap atau tidak memenuhi syarat-syarat seperti di dalam iklan akan DITOLAK serta-merta.

(f) Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

(g) Pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh iklan ditutup adalah dianggap TIDAK BERJAYA.

*PERINGATAN : SEMUA SALINAN DOKUMEN DI ATAS HENDAKLAH DISAHKAN OLEH PEGAWAI KERAJAAN (KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL) ATAU PENGHULU MUKIM.