Sunday 24 April 2016

Jawatan Kosong di Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) - 02 Mei 2016

Jawatan kosong kerajaan terkini di Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) Mei 2016. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong di Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) sebagai :

1. PEMBANTU PENGUATKUASA (POLIS BANTUAN) N17

Tarikh tutup permohonan 02 Mei 2016
Lokasi : Selangor
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong di Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ)

SYARAT LANTIKAN
(a) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; serta
(ii) Bekas anggota Polis Diraja Malaysia atau Angkatan Tentera Malaysia yang berpangkat Koperal ke atas dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan; dan

(b) Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut :
(i) tinggi sekurang-kurangnya1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
(ii) berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
(iii) mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
(iv) mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79sm dan semasa menarik nafas 84sm (lelaki sahaja);
(v) lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
(vi) pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
(vii) diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.

(c) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kepujian dalam subjek Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.