Monday 25 April 2016

Jawatan Kosong di Jabatan DiRaja Johor - 05 Mei- 2016

Jawatan kosong terkini di Jabatan DiRaja Johor Mei 2016. Permohonan adalah dipelawa daripada Rakyat Negeri Johor atau waganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong di Jabatan DiRaja Johor sebagai :

1. PEMBANTU TADBIR (P/O) N17
2. PEMBANTU OPERASI N11
3. PENGAWAL KESELAMATAN KP11

Tarikh tutup permohonan pada 05 Mei 2016
Lokasi : Johor
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong di Jabatan DiRaja Johor

CARA MEMOHON

a) Semua permohonan hendaklah menggunakan borang yang boleh diperolehi secara percuma daripada Jabatan DiRaja Johor dengan mengambil sendiri di pejabat pada waktu pejabat atau menghantar satu smapul surat berukuran 10cm x23cm bersetem dan beralamat sendiri.

b) Bagi pemohon yang masih berkhidmat dengan mana-mana Jabatan Kerajaan perlu membuat permohonan melalui Ketua Jabatan serta dilampirkan bersama salinan Laporan Prestasi dan Kenyataan Perkhidmatan yang kemaskini.

c) Hanya calon yang berkelayakan selepas ditapis dan didapati sesuai sahaja akan dipanggil untuk temuduga. Sekiranya permohonan tidak menerima maklum balas selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap sebagai tidak berjaya. 

Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar ke alamat seperti di bawah ini sebelum atau pada tarikh tutup permohonan 05 Mei 2016.

PENGELOLA BIJAYA DIRAJA
JABATAN DIRAJA JOHOR
ISTANA BESAR JOHOR
80000 JOHOR BAHRU