Monday, 7 March 2016

Temuduga Terbuka di KL Airport Services Sdn Bhd (KLAS) Pada Mac 2016

Temuduga terbuka di KL Airport Services Sdn Bhd Mac 2016. KL Airport Services Sdn Bhd akan mengadakan temuduga terbuka pada tarikh, masa, tempat dan jawatan seperti berikut :

1. JAWATAN : PEMBANTU KESELAMATAN (20 KEKOSONGAN)

TARIKH : 11hb. March 2016 (Jumaat) dan 18hb March 2016 (Jumaat)
JAM : 8.30 pagi HINGGA 11.00 pagi
TEMPAT : KL AIRPORT SERVICES SDN BHD
IBUPEJABAT / KATERING
JALAN KLIA S6, SOUTHERN SUPPORT ZONE
64000 KLIA,SEPANG, SELANGOR


Temuduga Terbuka di KL Airport Services Sdn Bhd (KLAS)

Tanggungjawab:
Bertanggungjawab terhadap keselamatan dan memastikan keberkesanan operasi di lapangan terbang dan kargo.

Syarat-Syarat Kelayakan:

-Memiliki SPM/SAP/SPMV/SKM/STPM atau setaraf.
-Memiliki Sijil SRP/PMR tetapi berpengalaman dalam bidang keselamatan akan diberi pertimbangan.
-Bekas tentera/polis adalah diberi galakkan.
-Boleh bekerja SHIF dan sihat tubuh badan.
-Terbuka kepada Lelaki & Perempuan, berumur diantara 20 – 35 tahun.
-Berkebolehan berkomunikasi dan menulis Bahasa Inggeris & Bahasa Melayu.
-Memiliki lesen memandu sah kelas ‘B2’@ ‘D’ (tamat tempoh percubaan 'P' selama 2 tahun).
-Tidak mempunyai REKOD JENAYAH POLIS.
-Warganegara : Malaysia
-Lokasi kerja : KLIA

WAJIB MEMBAWA PERKARA-PERKARA BERIKUT UNTUK KELAYAKAN TEMUDUGA :-
1. Resume Terkini
2. Salinan Sijil-sijil Persekolahan (ORIGINAL DAN FOTOKPI) dan lain-lain berkaitan
3. Salinan/Fotokopi KAD PENGENALAN & LESEN MEMANDU
4. 01 KEPING GAMBAR BERUKURAN PASPORT
5. Etika Pakaian : Pejabat & Kemas.TIDAK DIBENARKAN HADIR TEMUDUGA jika Berpakaian T-shirt, Seluar Jeans,Selipar/Sandal, Berambut Panjang,Tidak Kemas & Tidak membawa sijil-sijil yang tersebut diatas dengan lengkap.
6. Pengambilan pekerja untuk bulan April 2016.

Pertanyaan:
Jabatan Sumber Manusia & Pentadbiran Telefon : 03 – 8778 8000 samb. 88095 / 88097 / 88092
KL Airport Services Sdn. Bhd.

E-mail :
recruitment@http://ift.tt/1PpLS9x

Syarat-syarat permohonan selanjutnya disini