Friday, 4 March 2016

Temuduga Terbuka di Jabatan Perangkaan Malaysia Pada 14 Mac 2016

Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Selangor akan mengadakan temuduga terbuka Mac 2016. Calon-calon yang berkelayakan dijemput untuk hadirkan diri dalam temuduga terbuka sebagai Pekerja Sambilan Harian (PSH) pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut :

1.) JAWATAN : PEKERJA SAMBILAN HARIAN

Tarikh : 14 Mac 2016 (Isnin)
Masa : 10.00 pagi hingga 3.00 petang
Tempat : Pusat JobsMalaysia Kelana Jaya
No. 2, Jalan SS5B/2, SS 5, Kelana Jaya
47301 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan
(Landmark : Berhampiran Kompleks Kastam, 
Wisma FAM, Tabung Haji Kelana Jaya)


jawatan kosong di jabatan perangkaan malaysia

TARAF JAWATAN : SAMBILAN
KUMPULAN : PERKHIDMATAN SOKONGAN
GAJI : RM 54 SEHARI

SYARAT KELAYAKAN :
• SPM dengan KEPUJIAN dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia dan LULUS dalam mata pelajaran Matematik
• Keutamaan diberi kepada mereka yang mempunyai lesen memandu dan kenderaan sendiri; dan
• Boleh bertutur dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
***SILA BAWA 2 KEPING GAMBAR PASPORT, SALINAN K/P, SALINAN SIJIL DAN SIJIL ASAL SEMASA MENGHADIRI TEMUDUGA***
Sebarang pertanyaan sila hubungi Pusat JobsMalaysia Kelana Jaya di talian 03-78735100 / 03-78735101.