Wednesday, 9 March 2016

Jawatan Kosong Terkini di SPA Sarawak - 24 Mac 2016

Jawatan kosong kerajaan terkini di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Sarawak (SPANS) Mac 2016. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang bermastautin di Sarawak dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan dan berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Sarawak (SPANS) sebagai:

1. PEGAWAI TADBIR N41 (100 KEKOSONGAN)

Tarikh tutup 24 Mac 2016
Lokasi : Sarawak
Sektor : Kerajaan


Jawatan Kosong Terkini di SPA Sarawak

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

Calon-calon bagi lantikan hendaklah warganegara Malaysia yang bermastautin di Sarawak dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan dan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :

(a)   (i)   Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi Pengajian Tinggi tempatan atau luar negara atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

(Gaji permulaan ialah pada Gred N41: RM1,910.02); atau

(ii) Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi Pengajian Tinggi  tempatan atau luar negara atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

(Gaji permulaan ialah pada Gred N41: RM2,114.43); atau

(iii)  Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi Pengajian Tinggi  tempatan atau luar negara atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

(Gaji permulaan ialah pada Gred N41: RM2,216.64);

dan

(b)  Semua calon yang memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan / atau Unified Examination Certificate (UEC) hanya diperlukan lulus Bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada lantikan pertama ke Perkhidmatan Awam Negeri  Sarawak

CARA MEMOHON
Semua pemohon yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan adalah diwajibkan untuk mengemukakan permohonan mereka secara online melalui e-Recruitment.

Untuk maklumat lanjut dan membuat permohonan sila layari laman sesawang http://ift.tt/1TuyBE1.

Permohonan jawatan secara online disini