Wednesday, 24 February 2016

Jawatan Kosong Majlis Daerah Pasir Mas (MDPMas) - 27 Februari 2016

Jawatan kosong kerajaan terkini di Majlis Daerah Pasir Mas (MDPMas) Februari 2016. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon jawatan kosong terkini di Majlis Daerah Pasir Mas (MDPMas) sebagai :

1. Pembantu Tadbir N17
2. Pembantu Penguatkuasa N17
3. Pemandu Kenderaan H11
4. Pembantu Awam H11

Tarikh tutup permohonan pada 27 Februari 2016.
Lokasi : Pasir Mas, Kelantan.
Sektor : Kerajaan

Majlis Daerah Pasir Mas (MDPMas)


CARA MEMOHON 

a.  Permohonan  hendaklah  menggunakan Borang  Permohonan  MDPM  1 yang  boleh didapati di Majlis  Daerah  Pasir  Mas  dengan  harga  RM 2.00.  Pembelian  melalui  pos hendaklah menggunakan Wang  Posdi  atas  nama Yang  Dipertua,  Majlis  Daerah Pasir Mas beserta sampul surat saiz A4, beralamat sendiri dan bersetem RM1.00.

b.  Satu  permohonan  jawatan  sahaja  boleh  diisi  menggunakan satu Borang Permohonan MDPM1.

c.   Borang   permohonan   hendaklah   ditandatangani   dan   disertakan   dengan   sekeping gambar   berukuran   passport,   Salinan   Kad   Pengenalan, Sijil   Kelahiran,   Sijil-sijil Persekolahan, sijil/diploma/ijazah  yang  berkaitan, keputusan  peperiksaan  akhir  bagi kelayakan yang disyaratkan dan lain-lain dokumen pengesahan yang berkaitan dengan jawatan yang dipohon yang telah disahkan.
d.  Pegawai-pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Perlantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 dan menyertakan bersama-sama dengan Kenyataan Perkhidmatan yang kemaskini dan Laporan Prestasi.

e.  Alamat Permohonan          :

YANG DIPERTUA 
MAJLIS DAERAH PASIR MAS 
KOMPLEKS APAM PUTRA 
BANDAR BARU PASIR MAS 
LUBOK JONG, 17070 PASIR MAS 
KELANTAN 

Tarikh Tutup Permohonan  : 27 FEBRUARI 2016

Catatan Am : 
  • Permohonan yang tidak lengkap dan memenuhi syarat akan ditolak. 
  • Hanya  calon-calon  yang  layak  selepas  tapisan  sahaja  yang  akan  dipanggil temuduga. 
  • Permohonan  yang  tidak  menerima  sebarang  jawapan  selepas  enam  (6)  bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah dianggap tidak berjaya. 

Muat turun iklan jawatan disini