Tuesday, 23 February 2016

Jawatan Kosong di Institut Kemahiran MARA (IKM) - 26 Februari 2016

Jawatan kosong kerajaan terkini di Institut Kemahiran MARA (IKM) Berseri Februari 2016. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong di Institut Kemahiran MARA (IKM) Berseri sebagai :

1. PENOLONG JURUTERA JA29

Tarikh tutup permohonan pada 26 Februari 2016
Lokasi : Perlis
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong di Institut Kemahiran Mara (IKM)

jawatan kosong di institut kemahiran mara

Jawatan Kosong di Institut Kemahiran Mara (IKM)

CARA MEMOHON

Pemohon hendaklah membuat surat permohonan beserta "resume" yang lengkap mengandungi maklumat-maklumat berikut : 

a) Nama Jawatan Yang Dipohon 
b) Butir-buitr Peribadi 
c) Nombor Telefon Untuk Dihubungi 
d) Kelayakan Akademik
e) Pengalaman Kerja Jika Ada
f) Salinan Kad Pengenalan dan Sijil Persekolahan 
g) Sekeping Gambar Berukuran Passport 

ALAMAT PERMOHONAN

Permohonan yang lengkap diisi beserta dokumen yang lengkap telah disahkan hendaklah dihantar ke alamat berikut : 

Pengarah 
Institut Kemahiran MARA Berseri 
KM 14, Jalan Kaki Bukit
02400 Berseri 
Perlis
(No. Tel : 04-9384021 / 04-9384022)

HAL-HAL LAIN

i. Semua permohonan yang diterima akan ditapis dan disaring berasaskan kepada kriteria-kriteria tertentu yang ditetapkan. Hanya calon-calon yang layak akan melepasi saringan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga. 

ii. Segala perbelanjaan atas uruan temuduga adalah ditanggung oleh calon-calon sendiri.

iii. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan ini hendaklah mengganggap permohonan adalah tidak berjaya.